Apa khabar anda semua pada hari ini? Semoga berada dalam keadaan baik dan sejahtera sentiasa, InsyaAllah.
Maafkan saya,maafkan saya,maafkan saya!!!
Kenapa?
Kerana saya tidak mengemaskini blog ini sejak ulangtahun kelahiran saya ke-19 pada 19 Disember 2011 yang lalu sehingga hari ini,26 Februari 2012. Sudah menjangkau 3 BULAN saya tidak mengemaskini blog ini.Maafkan saya,maafkan saya,maafkan saya!!!
Yang sebenarnya,di balik tempoh yang panjang blog ini tidak dikemaskini,saya sebenarnya sudah tiada idea untuk dikongsikan kepada anda semua di dalam blog ini.Sampai ada terdetik dari hati untuk berhenti daripada menjadi seorang penulis blog.Ditambah pula dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan sepanjang tempoh tersebut,seperti aktiviti persatuan dan fokus kepada pembelajaran,membataskan hasrat saya untuk menulis blog.
Ada juga pada satu masa,saya ada sedikit idea,tetapi dalam masa yang singkat,tiba-tiba idea tu hilang,juga ketika itu ada perkara penting(komitmen) yang perlu dilaksanakan,itu juga antara punca saya tidak mengemaskini blog ini.
Sekali lagi,saya mohon maaf andainya tidak dapat menghiburkan anda semua,juga tidak dapat berkongsi banyak idea dengan anda semua.Terus terang saya katakan,saya mungkin akan jarang mengemaskini blog ini,akan tetapi jika saya punya kesempatan,saya akan cuba seadanya untuk berkongsi apa yang saya boleh kongsikan kepada anda semua ke dalam blog ini,InsyaAllah.
Terima kasih saya ucapakan kepada mereka yang sudi mengikuti perkembangan blog saya darpada dahulu sampai sekarang.Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa murni anda itu.
![]() |
| Jemput minum ye semua =) |
Muhamad Syaiful bin Azami
-epol_msba-
~Just be a MR SIMPLE~

